Sunday 13 November 2016

Jepun lagi

baru-baru ni saya sempat beli tiket untuk penerbangan ke Tokyo dengan penerbangan Thai Airways pulak. Harga cuma 1037.50 seorang untuk return tiket. Tarikh penerbangan dijangka pada 15 jan 2017. kalau dibandingkan dengan Airasia ada beberapa perkara yang baik menganei pesawat ni.
1. harga dah bundle dengan luggage dan makan
2. waktu tiba di haneda jam 6.45 pagi berbanding dengan sampai 10.30 malam dengan AirasiaX. so kita tak terkejar-kejar nak ke Tokyo dan berbalo kalau book hotel.
3.Transit di bangkok cuma satu jam.

Wednesday 30 December 2015

Sinjuku dan Shibuya

Selepas ke Ueno untuk aktifkan JR Pass kami. kami ambik kesempatan untu ke bangunan Kerajaan Metropolitan yang terletak di Shinjuku. Di situ kita akan dapat melibat seluruh Tokyo pada aras 45 dengan tanpa bayaran.jarak dengan stesen Shijuku dalam 500 meter. 





Cikgu halim bersama student Universiti Mito


Walaupun dengan baju tebal, cuaca taklah sejuk sangat. Hari ini kami habiskan masa kami dengan jalan-jalan dan pusing bandar Tokyo tanpa perancangan yang begitu teliti. bergantung pada ehsan student tu nak bawa kami kemana yang mudah dan sesuai. Tapi apa yang aku frust ialah masa musim sejuk tak ada flea market. So kena lupakan cadangan nak beli item kat flea market. Biasanya depan Metropolitan ini ada satu flea market. Tapi hari ni tah macam mana tak bukak. Terpaksa aku sorokkan perasaan frust tu pada rakan-rakan lain dan student tu.

Kuniya Honkan Hotel



Jadi kami dibawa oleh anak Cikgu halim menggunakan kereta yang dibeli ke Hotel. Jarak perjalanan dalam 1 jam dan tiba di hotel agak2 pada pukul 1 pagi. Harga satu kapsul lebih kurang RM94.53 yang telah kami booking siap-siap melalui agoda.com seorang. Selepas sembahyang jamak maghrib dan isya,kami bersembang untuk tukar tukar pengalamqan lucu kami hari ni malangnya kami telah di sound oleh seorang penghuni agar diam dengan nada yang bengis. terdiam jugak kami seketika. Memang masa dalam kapsul hotel kami kena diam sebagai menghormati penghuni lain yang nak tidur. Apa nak buat dah negara dia. Kat Malaysia mau aku saund balik jepun ni.



Cikgu Halim berposing kat kapsul

Kapsul hotel ni tak ada bilik mandi individu. So sapa-sapa yang nak mandi terpaksalah mandi dalam kolam ala jepun. (tu pun kalau tergamak dan tiada rasa malu-silakan mandi)

Hotel kapsul ni terletak di Ueno. Ueno terkenal dengan banyak hotel yang murah dan ada sebuah Hard Rock Cafe(dalam stesen keretapi Ueno) yang terletak kira-kira 100 meter dari hotel. Tapi sayang masa kami tiba di HRC Ueno, HRC ni tengah renovated. So kami tak dapat nak beli apa-apa souviner. Tapi takpa ada satu lagi HRC kat Roppongi. 

Pada esoknya kami terus ke stesen Ueno untuk melihat-lihat kawasan sekitar. maklumlah tak selalu dapat datang Jepun. Jadi macam orang jakun masuk bandar.
Tak dapat masuk dapat berposing dengan logo HRC pun dah oklah

Tiba di Tokyo

kami tiba di Haneda pada jam 10.30 malam dan terpaksa berkejar ke stasen keretapi airport untuk mendapatkan keretapi terakhir pada malam itu. ada juga dua tiga kumpulan yang lain turut sama bergegas untu tujuan yang sama. Cikgu Halim menghubungi anak dia yang belajar di Mito. Jadi pada malam tu kami tak perlu untuk pening kepala pikir pasal cara nak ke Tokyo sebab anak Cikgu Halim dan kawan2 dia dah  sedia kenderaan untuk kami

Wednesday 15 January 2014

Dapat JR Pass

Hari ni kami dah dapat jr pass yang kami tunggu  tunggu. Harga yang dijual RM920. Alhamdlillah lebih murah dari yang dibeli orang kebanyakan di blog yang pernah melawai jepun. So  apa lagi, terus kami uruskan kebenaran keluar negara untuk kelulusam HQ. untuk tahun ni penanggung insuran ialah HSBC Takaful dan jumlah premium ialah RM 41 saja

Saturday 28 December 2013

Persiapan ketiga

Untuk persiapan kali ini kami belum tentukan lagi perancangan samada ingin membeli luggage 20kg dengan airasia ke belum. Kalau kami tak beli bermakna kami perlu membawa barang pakaian dan makanan seminima yang mungkin. Paling banyak ialah 7kg. Tapi bila beli beli 20kg terpaksa pulak bawak kehulu kehilir beg tu masa kat Jepun nanti. 
Persiapan seterusnya ialah borang kelulusan ke luar negara stas urusan peribadi. Borang ni wajib dihantar sebab kalau tak hantar boleh dikenakan tindakan tatatertib yang boleh dikenakan tindakan buang kerja atau turun pangkat.
Persiapan seterusnya yang perlu ialah perhonan cuti yang telah diluluskan.
Setakatni kami dah jumpa satu laman web http://kembaratanahgersang.blogspot.com/2013/12/bermulanya-perjalanan-japan-2013.html yang boleh dijadikan rujukan untuk ke Jepun